Total Pageviews

Friday 1 March 2013

*pengsan

kalau kita dah tahu siapa jodoh kita, tak seronok lah kan?
sebab tu Allah gives a suprise for us.
mesti kita akan cakap, " la, tak sangka kau jodoh aku!" *pengsan :P

#pertemuan itu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya (",) - via Bercinta Selepas Nikah



Saturday 23 February 2013

Projek memburu di Seoul Garden....

Bismillahirrahmanirrahim.. salam semua..

Huhu..actually hari sabtu (23/2/2013) adalah hari yang kami rancang untuk berpicnic di Port Dickson but ape yang jadi adalah on that day kesemua kami bertiga bangun lambat disebabkan malam tu tidur sangatlah lewat atas hal2 lain yang perlu disettlekan dulu..wuhuu..so...terpakse lah cancel percutian kami..aiceh.. tak lah bercuti cemane sangat pun..just plan nak g jenjalan and spend time together lah cam gitu..bukan ape, rasenye time inilah kot yang agak sesuai nanti semua dah busy dengan kelas, assignment, part time work..huu..disebabkan kegagalan plan yang dirancang, so kami pun mengambil keputusan untuk pergi memburu makanan yang sedap2.. so.. inilah hasilnya :

Lokasi: Seoul Garden, KL Festival City
Masa: 11.30am -3.30 pm


haha.. alang2 dah bayar mahal untuk sekali lunch, xkan ku sia2 kan masa yang ada dengan membantai habis kesemua makanan yang ada...hahahaa...antara hasil buruan,




 inilah wajah- wajah kegembiraan + kekenyangan
with my besties since the 1st year in IIUM until now.. n hopefully our friendship will never end.....

Aksi comel.. ehh tolong laa ye...:P

Well..can be said..hari ni sangat seronok sebab actually dah lame sangat kami bertiga x hang out sesame.. sbb masing2 ade kerje n busy dengan memacam lah! Alhamdulillah for today :) Love you both!! 




Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah..1434h


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maal Hijrah 1434h. Maka genaplah 1434 tahun Rasullullah SAW yang kita cintai dan rindui melakukan hijrah ke Madinah. Dan maka saat ini jugalah saudara seIslam kita di Palestin menyambut tahun baru ini dengan hidangan kekejaman rejim zionis Israel laknatullah! Ramai yang gugur syahid di sana, sesungguhnya nikmat yang paling lazat ialah mati syahid. Atas alasan Israel menyerang bagi melindungi rakyatnya daripada pengganas, tetapi adakah kanak- kanak yang tak berdosa ini diklasifikasikan sebagai pengganas dan ancaman bagi mereka? cuba bayangkan kalau ini adalah adik kita, ahli keluarga kita...Allahurabbi.. 






from England for Palestine


 Ya Allah, memang mereka jauh dari aku dan tak banyak yang aku mampu buat untuk menolong mereka, tetapi doaku pasti sentiasa mengiringi saudara seislamku.. sesungguhnya doa adalah senjata paling ampuh bagi orang Islam yang sangat digeruni orang kafir.. Ya Allah berikan kemenangan kepada pejuang Islam, jika bukan di dunia inshaAllah di akhirat kelak.. amin..

Saturday 27 October 2012

Aidil adha .........

Assalamualaikum dan salam aidil adha to all... :)

Hari raya tahun nie sambutan kat kampung aku, boleh tahan la,meriah jugak..meriah dengan suasana kampung :)
Lebih bererti mungkin.. bermula dengan takbir raya yang sayup-sayup kedengaran sangat menyentuh perasaan.. entah kenapa hati rasa sedih sangat dengar khutbah raya tahun ni.. mendengar kisah pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya serta isteri.. Allah.. apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan yang kite lakukan sepanjang hidup di bumi Allah ni.. terfikir, apa yang telah aku korbankan demi Allah? demi agama Allah sepanjang kesempatan usia yang Allah pinjamkan ini.. 

# Terus pasangkan azam yang aku akan berusaha sebaik mungkin berubah ke jalan yang lebih diredhai Allah :)

Gambar yang sempat di snap mase kenduri dekat surau kampung.. :)


hee.. baby yang comel nie anak kpd sedara i..
best main dengan baby..
menenangkan jiwe.. hahaha

bile nak ade yang seniri punya? haha :P







Tuesday 23 October 2012

Pemilik tulang rusuk ku :)

" Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku. Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah. Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." InsyaAllah, dengan redhaNya :))

"Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA, bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. "

♥ Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU dαn MAHU ♥

Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan, Mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajipan... ;)




Monday 22 October 2012

:)))


you are somebody's
      reason to smile :)

Let's say alhamdulillah :)




Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".


Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.

Manusia yang lupa untuk bersyukur ini seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun, seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa iaitu orang yang terkaya di dunia tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Maka kerana itu, Allah membinasakan beliau bersama-sama dengan segala harta kekayaannya supaya ianya menjadi peringatan kepada manusia yang akan datang.


Namun bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah? Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.




\\\
grateful is everything "



Allahurabbi ...