Total Pageviews

Saturday 27 October 2012

Aidil adha .........

Assalamualaikum dan salam aidil adha to all... :)

Hari raya tahun nie sambutan kat kampung aku, boleh tahan la,meriah jugak..meriah dengan suasana kampung :)
Lebih bererti mungkin.. bermula dengan takbir raya yang sayup-sayup kedengaran sangat menyentuh perasaan.. entah kenapa hati rasa sedih sangat dengar khutbah raya tahun ni.. mendengar kisah pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya serta isteri.. Allah.. apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan yang kite lakukan sepanjang hidup di bumi Allah ni.. terfikir, apa yang telah aku korbankan demi Allah? demi agama Allah sepanjang kesempatan usia yang Allah pinjamkan ini.. 

# Terus pasangkan azam yang aku akan berusaha sebaik mungkin berubah ke jalan yang lebih diredhai Allah :)

Gambar yang sempat di snap mase kenduri dekat surau kampung.. :)


hee.. baby yang comel nie anak kpd sedara i..
best main dengan baby..
menenangkan jiwe.. hahaha

bile nak ade yang seniri punya? haha :P







Tuesday 23 October 2012

Pemilik tulang rusuk ku :)

" Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku. Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah. Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." InsyaAllah, dengan redhaNya :))

"Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA, bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. "

♥ Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU dαn MAHU ♥

Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan, Mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajipan... ;)




Monday 22 October 2012

:)))


you are somebody's
      reason to smile :)

Let's say alhamdulillah :)




Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".


Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.

Manusia yang lupa untuk bersyukur ini seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun, seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa iaitu orang yang terkaya di dunia tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Maka kerana itu, Allah membinasakan beliau bersama-sama dengan segala harta kekayaannya supaya ianya menjadi peringatan kepada manusia yang akan datang.


Namun bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah? Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.




\\\
grateful is everything "



Allahurabbi ...


Monday 15 October 2012

Convest 12 :))


Convocation Fiesta (CONVEST). Haa actually ni first time aku join jadi committee event nie.. Ohh memang best n enjoy tambah lak aku jadi central committee which is tak banyak sangat kerje yang 'remeh temeh' kene buat..kekeke.. tapi sakit la nak datang meeting yang ad-hoc nie kan.. aku ditugaskan bahagian prep n tech yang mane tugasku membooking venuess and equipmentss.. dengar je macam aih booking tempat ngan barang jer pun! ha tapi saye kene mengadap orang2 atasan yang macam2 ragam tahu tak!ingat booking ni main booking je ke..mula2 kene ade approval letter, then kene bawa approval letter tu kat mana sahaja saye pergi sebab nak buat kerje booking membooking ni takde mende alah tu tak jadi la kan..then kene gi opis jumpe officer gi mintak sain die untuk boking segala benda.. n if officer tu takde saye kene follow up dikemudian hari. Boleh nak dikatakan muka i nie dah agak glemour la dekat STADD, FFSD, CPD n IP.. hee ni nama tempat yang saye kene melawat untuk kerja booking membuking nie. Erm banyak sangat kenangan yang best2 sepanjang convest ni ditambah pulak dengan semua subprogram yang sangat2 menarik..antaranya...choc fair!! nie event yang paling i loikee..sebab terasa diri kelilingi chocsss yang sedap plus ade choc rain yang mana time nie korang kene la berebut2 nak dapatkan choc for free..hihi.. tapi aku tak pernah lagi bernasib baik dapat choc rain ni walaupun aku dah cuba sehabis tinggi untuk merebut cokelat2 yang turun dari langit nie.. bukan ape, saje nak kasi can kat adek2 junior..so mengalah ajela..hihi..







haa kalau nak tahu, dalam kain warna merah nie ade banyak cokelat.. cokelat ni la yang akan jatuh sebagai cokelat rain.. :)








adek ni berjaya dapat belon!! hooreyy!







me pun dapat.. mehehe :DD



zamarul hisyam pun ade... ngan cokelat jenama sendiri.. well salute you bro! bisnes2... zamoha choc if tak silap name choc nie.. :) 






suasana kat kaed galerry.. choc fair... 




salah satu booth yang jual choc..susun2 macam kipas, kretif tak? :) 
best kan? happening giler time choc fair nie.. sure aku tertunggu2 event nie next year.. huhu.. btw, time choc fair nie kitorang team KMYSTRIX ade jugak sewa booth kat sinie, sambil mempromosikan bisnes kami iaitu 'kmystrix calligraphy'.. kami actually menerima tempahan khat.. contohnya bookmark, then tempah nama atas bookmark tu dengan tulisan khat.. aku tak la pandai khat, dalam gambar nie eksyen jer.. padahal aku cume lukis bunga jer tepi tepi..macam biasa, selalu main peranan di sebalik tabir jer.. hihi.. tapi team kami memang ade yang power skill khatnye, sebab tu kami ingat nak mempromosikan bisnes khat ni insyaAllah ke peringkat global, antarabangsa.. who knows kan? ada usaha mesti ada hasilnya.. buat masa sekarang kami baru buat kecil kecilan plus kekangan masa yang kadang kadang tak mengizinkan untuk kami terima tempahan yang banyak.. tapi alhamdulillah sepanjang 3 hari buka booth kat choc fair nie, sambutan memang sangat2 menggalakkan.. sampai tak menang tangan la afnie and fahmi nak siapkan tempahan dalam masa 3 hari nie.. so kami decide nak buat delivery je kat setiap mahalah bile siap.. alhamdulillah..permulaan yang agak baik.. alhamdulillah..alhamdulillah..


 tula afnie (tudung putih), 
khat die.. perghh sekali pandang
memang boleh jatuh hati :)


 nie antara tempahan yang kami terima.. 
bunga2 tu hasil 
kretif saye lah..hahahaa nak jugak :D


 busy..busy.. :)




 peace ^
yang pakai cap tu Adnin,
die bertindak selaku designer :)


nie lak fahmi.. 
boleh dikatakan, dalam uia nie,
khat die the best lah! :)


 afnie.. laju giler tengak die tulis khat
expert! insyaAllah boleh pergi jauh.. :)

dan ade bende jugak nak share, time nie la kami semua dapat ahli Kmystrix yang baru.. Qursiah namanya.. orangnya cantik and sweet sangat.. asal dari singapore.. die ni dalam Kmystrix pegang post sebagai so called designer laa .. :)

sempat jugak i snap senyap2.. hihi :D

so kami semua cukup la 10 orang.. team KMYSTRIX! !! 
love them so muchh..mehehe :D

selain choc fair, banyak je lagi event yang best even aku tak join kesemuanya, tapi semua event boleh dikatakan full house! 


- INTELLECTUAL DISCOURSE -

 by Yatt Hamzah, Hilal Asyraf

full house kan?
program2 macam nie,
kalau kat uia mmg mesti penuh :)

ade jugak talk by Ust. Zaharuddin, Ust Hasrizal n Imam muda Omar.. tak sempat lah nak upload, gambar still dalam fon :P . First time dengar talk by Ust Hasrizal, alhamdulillah best sangat.. plus bile die start speaking Perokk..pergh! :D

- GRAND MARRIAGE -
yang ni pulak event yang julung2 kalinya diadakan buat pertama kali kat uia.. boleh dikatakan ni subprogram yang baru la under convest..setakat nie, seramai 4 pasangan student uia telah berjaya dinikahkan serentak :) alhamdulillah.. :)

fewwit.. seronoknye dah kawin! :D

 safiyyah.. comel giler anak buah kawan aku nie..
gerammm!! 
resepinye: bace surah yusuf n maryam, inshaAllah

 =_=

 with jaja.. :)

 dengan subcomm gm.. :)

 kualiti gambar sgt teruk!!
nasib adek kt blakang tu comel :P

 dah kenyang!
saye mau balik! :P


- IIUM WONDERWORLD -

comel kereta nie..
yang aku x faham kenape diorang letak
tulisan siam kat situ..huhu








me with rusni & eca..


from prep & tech :)


 VO.. eh? tak jadi


 VOTE for us! hihi



 LIKEus on facebook! hihihi









badot mane entah sesat.. layan jerla~


well can said.. i enjoyed myself being 1 of the committee of this owesome event !! mehehe.. pape pun kalau nak buat sesuatu pekerjaan tu biarlah ikhlas kerana Allah, barulah bile nak buat kerja tu rase ringan je kan and kite tak rase pun bende tu sebagai bebanan.. :)

Saturday 13 October 2012

Aku Ingin MencintaiMu

Entah penyakit ape laa yang kene dengan rumet bosnia aku sorang nie. memang kadang2 tue aku gerammm sangatt ngan perangai ngade die.. tapi malam ni lain sikit penyakit yang kene serang kat die yang wat aku pulak rase kesian, mane tak nye tadi aku dengar tetibe die nangis, bukan nangis bese2 nih, mule2 dengar cam merengek2 then tetibe makin kuat.. cuak jugak aku.. ase cam nak jer pegi tengak ape laa jadi kat die.. tapi dalam bilik tu ade kakak die pulak, kakak die pun menjerit2 marah kat die.. haihh musykil2.. pastu dengar kakak die ejek2 die nangis.. Allah.. tak faham aku diorang nie.. aku punye la bajet nak gi kasi tisu la konon kat die, kesian wehh..aku cam terbayang jer if aku yang belajar kat oversea, takde sape2, jauh ngan parents n adek beradek..kawan2 rapat..huhh sedih kot boleh nangis sorang2 n time tue aku mesti need someone yang pujuk aku la konon, hihi :P.. tapi dah kakak die ade biarlah kot2 ade masalah family ke, kang x pasal la pulak aku kene cop penyibuk .. tapi serius if dalam bilik die takde sape2 memang aku gi melawat die tau.. aku nak tido pun takleh.. wehh rumet kesayangan.. apekah misterinye korang nie.. jangan la buat perangai pelik pelik..huhu dari aku duk pening fikir pasal korang baik aku layan lagu feberetttt aku skarang nie..haha..ohh aku serius dah jatuh hati ngan lagu nie plus lirik die yang bagi aku so meaningful.. 

(EdCoustic)

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang kau beri 
padahal diriku terlalu sering
membuatMu kecewa
entah mungkin kan aku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghamba padaMu
betapa tak ada apa-apanya 
aku di hadapanMu
aku ingin mencintaiMu 
setulusnya sebenar- benar aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkah ku
aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apa pun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu Ya Rabbi

siapa yang tak pernah dengar wajib dengar n hayati......:))



Friday 12 October 2012

untuk awak yang j a u h ..

saye pilih awak bukan kerana rupa, 
tetapi saye pilih awak untuk ke syurga..
saye tahu awak mampu,
awak mampu membimbing saye 
sampai ke syurga Allah
Allah..indahnya jika cinta kita 
sampai ke syurgaNya..
saye tak mencari yang terlalu sempurna
cukuplah bagi saye seseorang yang 
sentiasa belajar dan berusaha
untuk menyempurnakan IMANnya :)



kenapa masih sibuk mencari yang sempurna
sedangkan sudah ada seseorang yang sanggup
menerima kita seadanya, kan?  

p/s ..
Orang Yang Layak Kamu Memanggil 'Abang',
Hanya Abang Kandungmu Sahaja...

Orang Yang Layak Kamu Memanggil 'Sayang',
Hanya Suamimu Yang Sah Sahaja...

Orang Yang Layak Kamu Bergurau Senda,
Hanya Orang Yang Halal Bagimu Sahaja...

Thursday 11 October 2012

Harimau

Terasa nak menulis sesuatu pulak pagi2 nie.. memang aku jarang nak update blog nie.. takde mase n malas! kenkadang tu ade je rase nak tulis something tapi ade jer bende yang menghalang~ . Dengan kelas, assignment, presentation setiap minggu, discussion, homework, bisnes and lately busy pulak aku merelakan diri jadi committe untuk convest tahun nie.. btw, banyak jugak bende kite belajar bile join program kat u nie..yup, macam2, macam2 orang n perangai jugak kite jumpe..tapi ape pun, i still enjoy my life as a student here..UIA..as long as kite pandai bawak diri n x cari fasal dengan orang, inshaAllah pergi mane mane pun boleh hidup. hah, cakap sal cari fasal x fasal nie, berlakulah satu insiden yang mane aku yang lemah lembut nie (mohon perasan sorang2 skejap), boleh naik angin kat rumet aku yang foreigner sorang nie..kisahnye aku xdela sangat berniat nak marah ke sound die ke hape, tapi entah kenape malam semalam mood aku memang swing 360 tepat kat muka dia. Mula2 aku masuk compartment rumet aku sorang nie, saje nak usha2 die dah tidur ke belum, tengak2 die belum tidur lagi, muka tension jer sebab si rumet foreigner aku ni rajin sangat la kan memekak malam sampai ke pagi buta. Korang kalau dengar suare die pun memang boleh menyirap secara automatik, sumpah aku cakap..die jadi macam automatik kebencian n kemenyampahan melekat kat hati korang, weyhh bingitttt! bukan semalam dua malam tahu tak tapi tiap2 malam okey. Rumet aku ni (syud) selalu la jugak biler si rumet foreigner ni memekak malam2, die g ketuk compartment budak tu suh slow sikit volume die,'sister, can u please slow down ur voice' tapi cam cakap ngn pokok takpun tiang letrik, wat tak tahu n lagi kuat ade la.. nak dijadikan cerita, pas aku g melawat compartment syud tengak die x tidur disebabkan bising si foreigner ni memekak menjerit2 aku pun straight g sound n marah la die, aku cakap kalau nak buat bising tengah2 malam pergi kuar dari bilik nie or kau pergi jerit kat hutan belakang hostel ni xde sape kisah aih.. dah tu pas kene sound die nak panggil geng la konon buat backup, tapi sempat lah dihalang oleh aku..kekeke.. bukan ape, nak panggil geng apehal aku nak cakap dengan kau sorang je kan sebab mulut kau tu je yang memekak..aku x kisah la kau nak buat ape, just know ur limit la and do respect others..kalau ase nak bilik sorang2 tanak share pegi sewe mahallah lain yang kene bayar bulan2 rm450 tue..sinie rm440 jer untuk 1 sem..kadang2 pelik aku dengan diorang nie..aishh malas lah nak tulis lagi nanti dah boleh mengumpat pulak..mungkin mazhab lain2 kot itu pasal diorang nie perangai pelik je aku rase..sobaruminal iman jelah kan..pergi ambil wuduk, solat dua rakaat n tidur. Syukur ade someone yang ingatkan. Thats it. End. :))

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski kurapuh dalam langkah
dalam tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkan la bila hati tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
dirimMu yg bertahta..

detik waktu terus berlalu..
semua berakhir padaMu..