Total Pageviews

Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah..1434h


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maal Hijrah 1434h. Maka genaplah 1434 tahun Rasullullah SAW yang kita cintai dan rindui melakukan hijrah ke Madinah. Dan maka saat ini jugalah saudara seIslam kita di Palestin menyambut tahun baru ini dengan hidangan kekejaman rejim zionis Israel laknatullah! Ramai yang gugur syahid di sana, sesungguhnya nikmat yang paling lazat ialah mati syahid. Atas alasan Israel menyerang bagi melindungi rakyatnya daripada pengganas, tetapi adakah kanak- kanak yang tak berdosa ini diklasifikasikan sebagai pengganas dan ancaman bagi mereka? cuba bayangkan kalau ini adalah adik kita, ahli keluarga kita...Allahurabbi.. 






from England for Palestine


 Ya Allah, memang mereka jauh dari aku dan tak banyak yang aku mampu buat untuk menolong mereka, tetapi doaku pasti sentiasa mengiringi saudara seislamku.. sesungguhnya doa adalah senjata paling ampuh bagi orang Islam yang sangat digeruni orang kafir.. Ya Allah berikan kemenangan kepada pejuang Islam, jika bukan di dunia inshaAllah di akhirat kelak.. amin..